Follow me

Search This Blog

Thursday, October 30, 2008

Conference & Exhibition




Dah 2 hari aku kena ke KLCC. Ada Exhibition Broadband.
First time pergi, menarik juga. Hari ni, last day...kat booth Astro, Pak Nil datang. Meriah giler dengan suara Pak Nil :)







Masuk Conference, dengar presenter dari Redtone, Intel dan ada lagi 3,4 orang.
Overall...okey. Banyak belajar benda baru.









Tuesday, October 28, 2008

WiMAX TEST LAB




Hari ni datang office, terus ke WiMAX Test Lab.


Hampir 90% siap, tinggal final touch-up jer...


Senang hati aku :)














Work station aku yang baru....

Raya

Dah lama aku mengidam lampu IKEA ni. Akhirnya menjelang raya Aidil Fitri hari tu, berjaya juga... hehehehe


Kerja

Intan buat partime kat sini.

Punyer la mahal baju baju yang diorang jual. dah 50% pun masih beratus!

Saturday, October 25, 2008

Kerja


Bosannyer kat office ni, Sharon pun dah balik kul 1 pm td. Tinggal aku sorang2.

Dah tak tau nak buat apa...mengunyah apa aje yang ada atas meja ni.

Mi Goreng Ayam ni uncle renovation yang belikan atas dasar rasa bersalah kot...hehehehe

Sebab buat aku terpaksa stayback lagi 3 jam kat office ni sorang2.

Sedap gak :)

Kerja


Sabtu 25 Oct, kena datang office. Renovation tak siap lagi :(

Friday, October 24, 2008

WiMAX TEST LAB




Balik office ari ni, jenguk ke WiMAX Test Lab. Tengok kerja masih banyak tak siap...:((
Biar betul ni.....28 Oct, Selasa dah kena masuk.







Hari sabtu lepas aku shopping barang barang untuk letak kat Pantry kat IKEA....
Office baru aku guna pakai barang IKEA....yeah :)



Thursday, October 23, 2008

One Utama


Semalam balik dari kerja singgah One Utama. Hajat hati nak tengok SALE untuk pemegang Jusco Card je tapi end-up temankan intan pergi interview kat WAREHOUSE.
Rezeki dia, dapat kerja :) okey la tu.

Tuesday, October 14, 2008

Aidil Fitri 2008


Hari Raya tahun ni tak kemana pun.
Tak ada rasa nak raikan pun. Pagi raya pergi Solat Hari Raya. Balik makan makan sekeluarga. Selebihnya tengok TV, sebelah petang keluar gi One Utama.
Kalau dulu setiap kali raya, jalan akan sunyi sepi, pusat beli belah pasti tak ramai orang tapi sekrang dah terbalik. Rupanya ramai yang tak balik kampung atau mereka ni orang KL agaknya.
Minyak turun 10sen je? wah wah wah waktu naik harga terus je naik bukan 10sen @ 20sen...melambung terus. Bila turun punya lah 10sen 20sen jer..... apa ni Pak Lah ? Turun la lagi. Harga minyak dunia pun dah turun banyak ni.... Jangan pikir profit jer.....

Dengarkan ....


5 bulan tak bekerja buat aku rasa sasau. Duduk rumah dan buat rutin biasa, yang sama...rasa nak pecah kepala. Bulan puasa lepas sewaktu aku dan anakku berjalan jalan di IKEA, aku dapat panggilan dari Marlia. Aku berjaya mendapat pekerjaan di ADA Cellworks. Syukur ku hanya Tuhan saja yang tahu. Masih ada ruang di hatiMU. Airmataku turun laju,dah tak peduli orang ramai yang tengah shopping :) Mesti diorang ingat "apa masalah budak ni, menangis kat tgh2 orang ramai".... ahhhhh, peduli apa dengan kata orang. bukan diorang yang bagi aku makan. Itu saja prinsip yang aku pegang selama ini. Bila kita susah belum tentu ada orang yang mahu menolong. Belum tentu ada adik beradik yang sanggup menangis bersama.....
Bermula dari 6hb Oktober, aku mula bekerja. Terimakasih Allah kerana mendengar rintihan hati ku selama ini. Terimakasih anak-anakku yang sentiasa mempertahankan mama. Terimakasih untuk seorang lelaki yang terlalu sabar dengan karenahku dan sentiasa ada di waktu susahku. InsyaAllah kita semua akan lebih selesa....


Related Posts with Thumbnails