Follow me

Search This Blog

Tuesday, October 14, 2008

Dengarkan ....


5 bulan tak bekerja buat aku rasa sasau. Duduk rumah dan buat rutin biasa, yang sama...rasa nak pecah kepala. Bulan puasa lepas sewaktu aku dan anakku berjalan jalan di IKEA, aku dapat panggilan dari Marlia. Aku berjaya mendapat pekerjaan di ADA Cellworks. Syukur ku hanya Tuhan saja yang tahu. Masih ada ruang di hatiMU. Airmataku turun laju,dah tak peduli orang ramai yang tengah shopping :) Mesti diorang ingat "apa masalah budak ni, menangis kat tgh2 orang ramai".... ahhhhh, peduli apa dengan kata orang. bukan diorang yang bagi aku makan. Itu saja prinsip yang aku pegang selama ini. Bila kita susah belum tentu ada orang yang mahu menolong. Belum tentu ada adik beradik yang sanggup menangis bersama.....
Bermula dari 6hb Oktober, aku mula bekerja. Terimakasih Allah kerana mendengar rintihan hati ku selama ini. Terimakasih anak-anakku yang sentiasa mempertahankan mama. Terimakasih untuk seorang lelaki yang terlalu sabar dengan karenahku dan sentiasa ada di waktu susahku. InsyaAllah kita semua akan lebih selesa....


No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails