Pernah aku hampir merajuk untuk meng'update' blog. Bukan kerana benci atau sakit hati cuma...terasa seperti ada sesetengah pihak hanya membaca, memandang dan menterjemahkan dalam bahasa mereka sendiri. Yang paling melukakan hati bila terjemahan itu banyak ke arah dengki khianat dan cemburu hati...
Aku tak pandai bermain dengan kata kata atau menjadikan setiap 'entry' sebuah karangan pendek kerana aku lebih percaya... 'biarkan gambar yang bercerita'. sayang nya cerita yang terhasil tidak mendatangkan sebuah senyuman malah kelukaan yang dalam, yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar...
Aku juga punya cita cita. punya keinginan untuk memiliki sesuatu. Dan itulah yang aku lakukan selama ini. Setiap apa yang aku dapat adalah datang dari hasil titik peluh dan 'ikat perut' diri aku sendiri. Dan sedikit sebanyak ada juga sumbangan tambahan dari.....dari siapa lagi kalau bukan 'uding' :) TQ dear...
Untuk mak dan abah, tidak pernah sekelumit pun hati ini terlupa atau pun mahu melupakan. Kalau lah mak dan abah boleh mendengar setiap doa dan patah perkataan yang ku mohon 'supaya mereka berdua dalam keadaan sihat dan dipulihkan dari semua penyakit...' pasti mak dan abah akan tahu dan faham, anak mak dan abah sentiasa ingat...
Adik-adik...apa yang dapat aku katakan. buruk baikpun tetap adik beradik. Penuh ranjau penuh duri. Ada saja halangan yang mendatang. Dijemput pun tidak mahu menjengah muka. Tak mengapa... mungkin rumah aku tak cukup besar dan tak cukup selesa... aku terima. Namun aku bahagia kerana disitu lah aku sekeluarga berteduh dari hujan, panas dan segala galanya hanya kami yang tahu...
Semoga 2010 membuka tirai yang lebih baik untuk kami sekeluarga...

teruskan menulis kak.......
ReplyDeleteYang Baik Jadikan Teladan, Yang Buruk Jadikan Sempadan...Selamat Menyambut Tahun 2010, Semoga tahun 2010 menjanjikan kebahagiaan untuk kita semua...AMIN
ReplyDelete