Follow me

Search This Blog

Thursday, April 29, 2010

Hari Jadi Abah... 29 April 2010, Khamis

Hari ni harijadi abah ... bila telefon mak tadi, mak kata abah tengah tidur dan kalau abah jaga pun...abah dah tak leh keluar suara. Aku terkedu sekejap .... tarik nafas dan aku lepaskan perlahan lahan. Terlupa sekejap apa tujuan aku telefon.... 
Dah lama abah sakit ...dah usaha macam macam....sekarang kami sekeluarga pasrah. yang penting abah dapat lalui sekali lagi hari ulang tahunnya. Aku teringat apa yang aku nak cakap. Pada mak aku titipkan pesan "Cakap kat abah, ina ucapkan Selamat Hari Jadi."
Ni mak ...mak kata kat abah "Abah, anak kesayangan abah telefon tadi. Dia cakap Selamat Hari Jadi. Suka lah abah nyer " ....hehehehe mak jeles la tuh
 Mak & Abah ...apasal hati aku sayu ari ni ekkkkk...biarlah  Tuhan je yang tahu apa aku rasa ...

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails