Ingat lagi tak entry pasal abah ? Hmmmm .... lepas masuk wad, aku sempat tengok abah. Walaupun Dr dah ceritakan apa yang sebenarnya berlaku pada abah, aku yakin abah kuat semangat.... InsyaAllah abah akan keluar dari danger zone nya.
Hari ke 2, keadaan aku plak rasa tak sedap badan. Mula mula ingat tak serius mana setakat pening kepala jer. Menjelang petang Selasa aku dah macam ayam nak bertelur ... memang tak selesa langsung. Uding ajak pergi klinik....memang betul demam aku dah 39.5C ....tinggi nyer! Balik dari klinik makan ubat and baring. sebelum tu minum air zam zam yang intan dan izzat bawa balik..... Tak sampai 10 minit tekak aku mual....menyembur keluar semua yang masuk dalam perut ni....sakitnyer! Confirmed aku demam panas.
Petang tu juga aku balik Damansara. Tak boleh duduk rumah mak abah, habis berjangkit nanti kalau aku kat sana. Kat rumah memang aku tak larat buat apa pun...tidur jer. badan memang tak selesa. kejap sejuk kejap panas. Kejap selimut kejap buang selimut. Kelam kabut sekejap badan ni. Tak selesa sungguh dengan apa yang aku rasa. Apa saja petua yang aku dengar semua aku ikut. 100Plus, Air Zam Zam, Air lemon madu+halia, Air Asam Jawa ...semuanya aku telan.
Lepas 4 hari... baru aku rasa kurang sikit....Alhamdulillah.
Terimakasih buat semua yang mendoakan....
No comments:
Post a Comment