Hari ni harijadi abah ... bila telefon mak tadi, mak kata abah tengah tidur dan kalau abah jaga pun...abah dah tak leh keluar suara. Aku terkedu sekejap .... tarik nafas dan aku lepaskan perlahan lahan. Terlupa sekejap apa tujuan aku telefon....
Dah lama abah sakit ...dah usaha macam macam....sekarang kami sekeluarga pasrah. yang penting abah dapat lalui sekali lagi hari ulang tahunnya. Aku teringat apa yang aku nak cakap. Pada mak aku titipkan pesan "Cakap kat abah, ina ucapkan Selamat Hari Jadi."
No comments:
Post a Comment